Pembayaran Secara Kad Kredit Atau Debit

Pening nak buat bayaran menggunakan kad debiat atau kredit? sebenarnya, senang saja..

kurv header

Berikut adalah kaedah pembayaran menggunakan debit atau kredit kad. Buat pengetahuan, kebanyakan kad ATM sekarang telah pun di naiktaraf menjadi kad debit secara automatik seperti kad ATM Maybank. Ini bermakna kad ATM boleh digunakan membuat pembayaran secara elektronik.

 

Dibawah adalah langkah-langkah bagaimana mahu membayar menggunakan kad debit atau kredit.

 

  1. Langkah 1

    Sila pilih produk anda dan klik pada butang "Add To Cart" (kotak merah).


  2. Langkah 2

    Anda akan dibawa ke bahagian atas untuk mengesahkan produk yang anda pilih. Klik pada butang yang berada didalam kotak merah untuk proses selanjutnya.


  3. Langkah 3

    Setelah anda berpuas hati dengan pemilihan produk yang anda mahu kami bantu, sila klik pada butang "Checkout" seperti dalam kotak merah.


  4. Langkah 4

    Bagi proses "Checkout" ini, kami sangat menyarankan anda agar dapat mendaftar sebagai pelanggan kami kerana dari semasa ke semasa kami akan mengadakan peraduan, hari menghargai pelanggan dan lain-lain lagi sebagai usaha kami menghargai anda sebagai pelanggan kami. Anda layak untuk memenangi hadiah dari kami. *Tertakluk kepada terma dan syarat*
    Pilih "Register Account" dan klik "Continue".


  5. Langkah 5

    Isi borang ini dengan maklumat yang berkaitan. Setelah itu, tanda pada bahagian "I have read and agree to the Polisi Privasi" dan seterusnya klik pada "Continue".


  6. Langkah 6

    Kita telah sampai ke bahagian yang ketiga iaitu maklumat penghantaran. Pilih opsyen yang sedia ada jika anda mahu ia dihantar ke alamat tersebut atau anda boleh meletakkan alamat yang baru. Pilih opsyen "I want to use new address" bagi membolehkan kami mengahantar ke alamat anda yang baru.


  7. Langkah 7

    Kami menggunakan perkhidmatan poslaju untuk menghantar pesanan anda. Insyaallah, dalam masa sehari selepas fasa pemprosesan pesanan kami tamat, pesanan anda akan sampai ke tangan anda seperti dalam jaminan daripada Poslaju Malaysia Berhad. Walaubagaimanapun, kami menasihatkan anda untuk tidak menggunakan perkhidmatan poslaju pada waktu-waktu yang tertentu seperti musim perayaan kerana tiada jaminan dapat diberikan pesanan akan sampai dalam masa sehari.
    Anda boleh meletakkan nota tambahan kepada kami untuk diambil tindakan seperti meletakkan kad harijadi kepada orang yang tersayang.
    Seterusnya tekan butang "Continue"


  8. Langkah 8

    Dalam bahagian pembayaran, pilih opsyen "PayPal Express Checkout", tandakan pada "I have read and agree to the Terma & Syarat", seterusnya tekan pada "Continue" untuk membuta pembayaran melalui kad debit atau kad kredit.


  9. Langkah 9

    Sahkan produk anda dalam bahagian ini. Pastikan harganya juga adalah betul dan klik pada butang "Continue" didalam kotak merah.


  10. Langkah 10

    Anda akan dibawa ke halaman PayPal.com. Halaman ini telah terbukti dari segi keselamatan online bagi transaksi wang anda. Anda tak perlu bimbang atau risau mengenai keselamatan transaksi wang anda. Ianya adalah SELAMAT.
    Sebelum pembayaran dibuat, pastikan 3 perkara ini sebelum anda teruskan.
    • Pembayaran dibuat kepada "Ayus Line Sdn Bhd" seperti dalam kotak merah.
    • Pastikan produk dan juga harga adalah betul.
    • Akhir sekali tekan pada "Pay with my credit or debit card".



  11. Langkah 11

    Masukkan maklumat yang dikehendaki seperti dalam gambar dibawah. Akhir sekali tekan butang "Pay". Phak kami akan dimaklumkan dengan bayaran dari anda dan proses penghantaran terus dilakukan seperti mana dalam maklumat yang telah diberi.


 


  • Published In: ROOT
  • Created Date: 2017-06-03
  • Hits: 42

Tags: