Kenali AYUS

PENGENALAN

AYUS LINE SDN BHD adalah sebuah syarikat bumiputera Islam yang mengeluarkan produk pembentukan badan untuk wanita. Kami juga memberikan khidmat nasihat secara professional kepada wanita yang inginkan bentuk badan yang kemas dan cantik. Produk pakaian dalam pembentukan badan kami telah mendapat respon yang positif dari pelanggan-pelanggan kami. Malah set bersalin untuk wanita dalam pantang juga telah membantu ramai wanita moden yang inginkan cara lebih mudah dan ringkas untuk kembali langsing.

Syarikat ini bermula dari AYUS TRADING yang dimulakan di rumah pada tahun 2010 oleh Puan Azaliha Abdullah. Perniagaan yang dimulakan untuk membantu suami menambahkan pendapatan kini telah menjadi pendapatan utama untuk keluarga. Selepas berpindah ke pejabat baru dan pertambahan ahli organisasi, syarikat telah didaftarkan sebagai AYUS LINE SDN BHD. Sekarang syarikat dikendalikan oleh Noor Dhiauddin Karim sebagai Pengarah Urusan dan beroperasi di alamat, A33, Tingkat Atas, Susuran Bandar Baru Mergong, Taman Bandar Baru Mergong, 05150 Alor Setar Kedah.

Produk terbaru AYUS LINE SDN BHD, KurV Shapewear adalah produk praktikal dan inovative pertama yang menggunakan teknologi pelangsingan badan dari Italy selaras dengan misi AYUS. Jenama KurV juga telah di daftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia sebagai cap dagang berdaftar.

Kini AYUS LINE SDN BHD membuka peluang kepada para usahawan baru dan juga berpengalaman untuk menjadi sebahagian dari Team AYUS. AYUS akan memberikan khidmat nasihat produk dan juga perkhidmatan sokongan serta latihan niaga untuk ahli team.

 

VISI

AYUS LINE SDN BHD bercita-cita untuk mewujudkan sebuah dunia yang indah di mana wanita menghargai kecantikan sebenar menggunakan pendekatan profesional

 

MISI

AYUS LINE SDN BHD berusaha untuk sentiasa menberikan produk dan perkhidmatan yang praktikal dan inovatif bagi wanita untuk menonjolkan imej diri mereka yang terbaik, pada masa yang sama dapat menikmati kehidupan.

 

ORGANISASI AYUS LINE SDN BHD

PENGURUSAN

Noor Dhiauddin
Azaliha

KHIDMAT PELANGGAN & PEMASARAN

Fatihah
Syazwani