Terma & Syarat


JUALAN

  1. Barang yang dibeli tidak boleh dipulangkan/tiada wang akan dikembalikan.
  2. Invois pesanan yang diterima oleh pelanggan hanya sah untuk 3 hari dari tarikh invois diterima termasuk Sabtu & Ahad.
  3. Warna sebenar barang yang dijual di laman ini mungkin sedikit berbeza dengan warna yang dipaparkan pasa skrin komputer anda.

PEMBAYARAN

  1. Pesanan akan terbatal sekiranya tiada pembayaran diterima selepas 3 hari dari tarikh invois pesanan dikeluarkankan. (Sila beritahu kami melalui emel sekiranya anda mempunyai kesukaran dalam tempoh tersebut).Tentulah kami akan kompromi. :)
  2. Bukti pembayaran hendaklah dilampirkan pada emel dengan "reply" emel kami. Jangan hantar bukti pembayaran dengan "compose" emel yang baru. Ini penting bagi kami untuk proses semakan secara individu.
  3. Lampiran bukti pembayaran adalah wajib. Tanpa bukti pembayaran, sukar bagi pihak kami untuk memproses pesanan anda.
  4. Lampiran yang kami perlukan ialah :
    • Sekiranya pembayaran melalui Internet Banking. Sila copy & paste pada microsoft word gambar transaksi pembayaran dan emelkan kepada kami.Sila berbuat demikian walaupun anda telah menghantar kepada kami melalui email (M2U)
    • Sekiranya pembayaran melalui ATM dan kaunter pembayaran. Sila scan/ambil gambar resit anda dan lampirkan apabila anda "reply" emel kami

 

POLISI PENUKARAN

Kami di AyusFashion.com menghargai keyakinan pelanggan-pelanggan terhadap kami. Jadi, kami mewujudkan polisi ini bagi menghargai dan juga memberi jaminan serta menghargai kepercayaan anda terhadap kami.


Penukaran yang dibolehkan adalah seperti berikut :

  1. penukaran dengan produk yang sama jenis akibat dari :
    1. proses penghantaran
    2. proses pembuatan produk (manufacturing faulty)
    3. saiz yang tidak sesuai
  2. penukaran dengan produk yang berlainan jenis akibat dari :
    1. penghantaran produk yang tiada dalam pesanan
    2. proses pembuatan produk (manufacturing faulty)
    3. salah alamat
  3. bersetuju untuk bertanggungjawab terhadap segala kos penghantaran semula dan kami juga mengenakan bayaran sebanyak RM10 bagi kos pengurusan penghantaran, pembungkusan dan penghantaran semula produk kepada anda.

TEMPOH MAKLUMAN PENUKARAN

Anda hendaklah memaklumkan kepada pihak kami dalam masa 24jam (1 hari bekerja) dari tarikh anda menerima parcel anda.

Maklumkan permintaan permohonan anda untuk menukar produk melalui email : sales[@]ayusfashion.com.

Nyatakan sebab anda untuk membuat penukaran samada saiz yang tidak sesuai atau produk yang diterima bukan dari pesanan anda. Kepilkan bersama :

  • gambar parcel produk
  • produk

dalam email anda kepada kami.

Tunggu maklum balas dari kami.

Jika anda menepati syarat diatas, anda layak untuk kami masukkan dalam senarai penukaran.


TEMPOH PENGHANTARAN SEMULA

Anda mempunyai masa selama 3 hari dari tarikh MAKLUM BALAS PENUKARAN DARI KAMI untuk produk anda sampai ke pihak kami.

Bagi proses penukaran saiz seperti bengkung mama pinggang dan punggung, seluar dalam hide-it, ultraslim dan kurV beberapa syarat tambahan perlu dipatuhi seperti dibawah :

  1. pernah menghubungi kami untuk mendapat khidmat nasihat mengenai saiz yang bersesuaian walaubagaimanapun, saiz yang dicadangkan masih tidak sesuai
  2. tag mestilah terpasang dan dipulangkan dalam bungkusan asal
  3. korset dalam keadaan tiada kesan regangan pada kain korset atau tanda-tanda yang korset itu telah dipakai
  4. korset tidak mempunyai kesan dibasuh atau apa-apa kesan kotoran atau bau

Sekiranya anda mengikuti syarat diatas, proses penukaran insyaallah dapat berjalan dengan lancar kerana kami amat mematuhi kod etika kebersihan (Health Code Regulation) untuk pakaian dalam.

Kami cadangkan anda mandi dan pakai seluar dalam sendiri dahulu sebelum mencuba produk yang disebutkan diatas bagi mengelakkan ia berbau dan terkena kesan dari ubatan ataupun herba sewaktu berpantang atau apa-apa jenis wangian.

Untuk mencuba kesesuaian saiz bagi korset kurV mahupun Ultraslim, kami cadangkan pakai bermula dari kaki hingga ke paha. Jangan paksa pakai hingga anda lelah atau fabriknya meregang dengan kuat sekali.

Masukkan produk yang mahu ditukar bersama dengan RM10.00 dan hantar kepada kami secepat mungkin. Maklumkan juga nombor jejak parcel anda kepada kami.

Semua produk yang dihantar akan dinilai oleh bahagian pemeriksaan kualiti kami sebelum penukaran diluluskan.

Setiap produk yang dihantar akan disemak oleh pihak AyusFashion.com dan pihak kami berhak untuk tidak menggantikan korset baru jika syarat diatas tidak dipenuhi.

Kami juga berhak untuk menolak sekiranya anda tidak memberikan nombor jejak penghantaran (number tracking) dalam tempoh 3 hari bekerja.

Kami juga berhak menolak sekiranya pemulangan anda tiba melebihi tujuh (7) hari bekerja dan tidak bertanggungjawab terhadap kelewatan disebabkan kesibukan anda.

Korset yang tidak diluluskan untuk penggantian akan diposkan kepada anda semula dalam tempoh lima (5) hari bekerja.


PRODUK ROSAK ATAU TERSILAP HANTAR

Sekiranya anda menerima produk yang mempunyai kerosakan disebabkan oleh pengilangan, sila hubungi bahagian khidmat pelanggan di nombor +6012 4872378 dalam masa 1 hari bekerja selepas barang diterima.

Produk perlu dihantar kembali kepada kami dalam masa tiga (3) hari bekerja dan sampai ke pihak AyusFashion.com dalam masa tidak melebihi tujuh (7) hari bekerja.

Sila kembalikan produk dengan nota menyatakan sebab pemulangan seperti "ROSAK" (nyatakan) atau "SILAP SAIZ" (nyatakan saiz yang anda inginkan) agar kami dapat membantu menyelesaikan masalah anda.Jika terdapat kerosakan lain, selain dari yang anda sebutkan, pihak kami berhak untuk menolak proses penghantaran semula produk baru dan caj kos penghantaran tidak akan dipulangkan semula.

Setiap pertukaran hanya boleh dilakukan SEKALI SAHAJA.